Blog

Powered by

Links

Recent Comments

Followers

Powered by Blogger.

Bagaimana untuk menggunakan internet dalam bilik darjah

Monday, 28 November 2011 - - 0 Comments

Sebagai seorang guru,kita patut menjadi lebih kreatif dalam mendidik pelajar terutamanya pelajar prasekolah. Dalam kehidupan sekarang, terdapat pelbagai alat bantu mengajar yang sering diguinakan oleh guru dalam bilik darjah terutamanya penggunaan internet dalam bilik darjah.Guru mesti bijak menggunakan internet dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.

      Dalam kelas, guru harus memastikan pelajar pelajar didedahkan tentang asas komputer dan internet.Dengan itu,pelajar pelajar dapat mempelajari pelajaran yang akan datang dengan berkesan.Terdapat banyak suber pengajaran dalam internet,guru boleh mendapatkan sumber pengaran dari:                      
  
Kidsgame

Starfall

Disneyjunior

Kebaikan Internet dalam Pengajaran

Thursday, 24 November 2011 - - 0 Comments

     Pada masa kini, penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan.Dalam institusi pendidikan,internet sangat penting bukan saja pada guru malah untuk pelajar.Penggunaan internet biasanya digunakan oleh pelajar sekolah menengah untuk mendapatkan bahan-bahan untuk melakukan kerja seharian tetapi pada masa kini teknologi internet mesti digunakan secara menyeluruh iaitu dari pelajar prasekolah lagi.Hal ini kerana kanak-kanak perlu dilatih dari kecil lagi tentag internet supaya mereka dapat mengembangkan minda mereka secara meluas.

    Penggunaan internet dalam pengajaran terdapat kelebihannya yang tertentu,salah satunya ialah memberi peluang kepada guru untuk mengubah kaedah pengajaran.Dalam kelas,guru perlu menggunakan alat bantu mengajar yang baru untuk menarik pelajar untuk belajar contohnya dapat menginteraksikan video klip atau animasi supaya dapat menarik perhatian pelajar.

     Selain itu,internet juga dapat membuatkan sesuatu kerja dengan cepat untuk memperoleh maklumat samada guru atau pelajar,malah bahan-bahan dalam internet menampakkan ciri-ciri yang unik.Kelebihan internet juga dapat mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lama tentang pelajaran.

    Kepada kanak-kanak pula,ia dapat memperoleh maklumat tentang negara,sistem pendidikan,budaya,teknoologi dan sebagainya dengan cepat.Berbeza dengan kanak-kanak masa lalu yang terpaksa pergi ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat.

   Internet juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak membuat analisis dengan lebih mendalam ke atas subjek yang diminati.

My Future Classroom

- - 0 Comments

Bila fikir tentang bilik darjah terutamanya bilik darjah prasekolah, akan terfikirlah tentang pemandangan,dinding bilik darjah,tempat kanak-kanak belajar,tempat kanak-kanak bermain dan sebagainya.

    Sebagai bakal pendidik awal kanak-kanak, saya mesti membuat persediaan awal untuk menghias dan menyusun atur apa sahaja yang berkaitan bagi memastikan kanak-kanak belajar dengan berkesan dan ceria.
Sebagai seorang guru juga, kita perlu menarik minat pelajar untuk mereka tertarik untuk belajar selain daripada proses pengajaran.
  
     Apabila kita cuba gambarkan bilik darjah, kita mesti melihatnya sebagai suatu pemandangan yang menarik. Contohnya pada dinding bilik darjah, kita tidak boleh membiarkan dinding tersebut berlatarkan warna putih semata-mata tetapi mesti dilengkapi dengan gambar-gambar yang menarik contohnya gambar-gambar binatang,gambar tentang unsur pembelajaran dan sebagainya.

     Selain itu, ruang bilik darjah mestilah dibahagikan kepada beberapa bahagian contohnya tempat belajar, tempat bermain, tempat makan, rak kasut pelajar, rak simpan buku dan sebagainya. Pada ruang belajar mestilah luas,menarik dan ceria untuk menyenangkan kanak-kanak belajar, malah memudahkan guru membentangkan alat bantu mengajar dengan mudah dan senang.Ruang bermain juga mestilah luas,ini kerana kanak-kanak bukan sahaja bermain sambil duduk tetapi dengan cara meniarap,berbaring dan sebagainya.

     Ruang untuk kanak-kanak menyimpan barang-barang mereka seperti buku dan alat tulis mesti mencukupi dan sistematik,ia bertujuan untuk memudahkan kanak-kanak menyimpah barang-barang mereka.Selain itu,rak kasut mesti disediakan untuk kanak-kanak,ia bukan sahaja menampakkan kekemasan pada bilik darjah malah dapat mengajar kanak-kanak untuk mendisiplinkan diri.
    
Monday, 28 November 2011

Bagaimana untuk menggunakan internet dalam bilik darjah

Sebagai seorang guru,kita patut menjadi lebih kreatif dalam mendidik pelajar terutamanya pelajar prasekolah. Dalam kehidupan sekarang, terdapat pelbagai alat bantu mengajar yang sering diguinakan oleh guru dalam bilik darjah terutamanya penggunaan internet dalam bilik darjah.Guru mesti bijak menggunakan internet dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.

      Dalam kelas, guru harus memastikan pelajar pelajar didedahkan tentang asas komputer dan internet.Dengan itu,pelajar pelajar dapat mempelajari pelajaran yang akan datang dengan berkesan.Terdapat banyak suber pengajaran dalam internet,guru boleh mendapatkan sumber pengaran dari:                      
  
Kidsgame

Starfall

Disneyjunior

Thursday, 24 November 2011